Ahad, 15 Januari 2017

Satu permulaan baharu

Assalamualaikum....

Nama aku Firdaus. Baru jer masuk umur 37 tahun beberapa hari yang lepas. Aku mulakan blog ini dan menulis dalam Bahasa Malaysia atas beberapa sebab.

Kebelakangann ini aku rasa tak berapa gembira dengan kerja yang aku buat sekarang. Mungkin sebab tan\k banayk kerja, atau mungkin sahaja perangai aku yang agak "paranoid" dan selalu memikirkan yang skill aku sebenarnya tak sebagus mana. Sebelum aku teruskan cerita, sebenarnya aku bekerja di salah sebuah agensi periklanan digital kecil yang beribu pejabat di Damansara Perdana. Agensi ini taklah segah mana walaupun reputasi kami agak hebat sebagai agensi yang dimiliki 100% oleh warga tempatan. Dan tugas yang aku buat; buat website dan update website atau dengan nama lainnya "web programmer".

Bukannya aku tak yakin tapi skill set aku sebagai .Net developer makin kurang di perlukan dan akibatnya apabila tak digunakan selalu maka berkaratlah ia. Ini memaksa aku untuk memperlajari skil-skil yang lain dan teknologi atau framework baharu untuk terus kekal relevan dan aku ni pun bukannya rajin sangat pun untuk belajar benda baharu, sebab itulah datangnya semua stress seperti yang ditulis di atas.

Oleh itu, aku melihat adakah ada peluang kerjaya yang lain jika aku mengambil keputusan untuk berhenti menjadi "programmer". Banyak orang di sekeliling aku yang mengatakan aku ini agak berbakat dalam menulis dan kebanyakan post aku di Facebook ada "flair" dan mempunyai kadar kreativiti yang tinggi.

Rakan aku, Shaii mencadangkan agar aku membuka sebuah blog, dan cuba umtuk menulis setiap hari dalam Bahasa Malaysia, agar aku boleh menilai sejauh mana bakat dan juga kehendak atau minat aku dalam penulisan. Cadangannya juga agar blog ini boleh di jikan sebagai jurnal atas talian untuk merekodkan perbahan dalam diriku untuk mencapai berat badan yang ideal, seturuskan masuk bertanding dalam satu satu acara larian 5KM pada penghujung bulan November nanti.

Ringkasnya, blog ini terwujud disebabkan:

  1. Sebagai portfolio bagi penulisan aku.
  2. Sebagai jurnal untuk aku merakamkan perubahan fizikal aku,
  3. Sebagai laman untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman aku dalam mempelajari skil bahasa pengturcaraan dan teknologi atau alatan baharu.

Sebagai pembaca, korang boleh jangkakan yang isi kandungan blog ini tertumpu kepada 3 objektif penubuhan di atas. Jikalau korang suka, aku jemput korang untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap aku sepanjang perjalanan aku yang panjang ini. Ciao!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan